Pages

Thursday, November 8, 2012

AWAL MUHARRAM

Assalammualaikum W.B.T bersyukur ke hadrat Allah S.w.t dengan limpah kurniadan izinnya kita masih dapat bertemu dan berkongsi idea dan pendapat, tinggal beberapa hari lagi kita akan meninggalkan Bulan Zulhijjah dan memasuki bulan baru dalam Takwim Islam iaitu Bulan Muharram sedikit pengenalan bagi bulan ini sebagai ilmu tambahan bagi kita bersama. Muharram adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi). Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya. Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ia dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.
PERISTIWA-PERISTIWA PENTING
1 Muharram
Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
10 Muharram
1. Dinamakan juga Hari Asyura.Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yangmencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
2. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
3. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
4. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
5. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Moga-moga informasi ini dapat menjadi rujukan dan dihayati disebalik semua kejadian yang terjadi, bersama-sama kita tingkatkan usaha untuk memperbaiki diri kita agar menjadi umat yang bermutu dan berkualiti, lengkap dengan ilmu pengetahuan dari segi agamanya dan berkaitan kehidupan di dunia, bersama-sama juga kita berdoa dan membantu atas kemampuan masing-masing bagi meringankan beban saudara-saudara kita yang sedang berada dalam kesulitan dalam menjalani kehidupan di negara masing-masing insyallah dengan izin Allah S.W.T segala urusan dan kesulitan yang dihadapi oleh saudara-saudara kita akan dipermudahkan kerana setiap yang berlaku perlu keizinan Allah S.W.T tanpa izinnya tidak akan terjadi semua. Sampai ketemu lagi, hayati bulan ini dan lain-lain bulan dalam takwim insyallah kita akan dapat mempelajari dan menambah pengetahuan, Wassalam.......

HAPPY DEEPAVALI

Salam sejahtera dan perpaduan kepada teman-teman diharapkan sihat hendaknya, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Cahaya kepada teman-teman kita yang berbangsa India moga-moga perayaan tahun ini dapat membawa makna sebenar pesta cahaya tersebut, mengeratkan tali persaudaraan dikalangan ahli keluarga dan rakan-rakan.
HAPPY DEEPAVALI CELEBRATE WITH JOY

Saturday, June 23, 2012

Ayuh Bangkit Sabah Rhino

Assalammualaikum W.B.T & salam sejahtera diucapkan....di harapkan teman-teman berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.Setelah sekian lama menyepi akhirnya saya muncul kembali sibuk sikit dengan kerjaya......Diharapkan peminat-peminat skuad badak tidak patah semangat dengan dua perlawanan yang berkesudahan kita tewas di tangan pihak lawan, biasalah tu adat perlawanan ada menang dan ada yang kalah yang penting usaha dan berdoa lagi buat yang terbaik sebaik mungkin.....kita sebagai rakyat yakni anak jati Sabah perlu memberi sokongan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pada pendapat saya Skuad Sabah mempunyai player yang berkualiti dan berbakat cuma mungkin tidak ada chemistry atau tidak sefahaman dengan pihak pengurusan dan sebaliknya begitu juga pihak pengurusan, kenapa tidak dipanggil semula " LEGEND-LEGEND SABAH " minta pandangan dan bantuan mereka, mereka ada cuma tidak diambil kisah dan dilupakan begitu saja,Kalau pendapat saya pihak pengurusan ini biar yang memegang jawatannya yang memang arif tentang sukan bola sepak ini ambil contoh liga-liga di Luar negara jika benar-benar mahu majukan bola kita lah ,Ini cadangan saja terpulang pihak yang mahu mendengarnya atau melaksanakannya.Saya biarpun jarang tengok pasukan Sabah bermain tapi saya akan mengikuti segala perkembangan mereka kerana ini pasukan negeri saya dan saya sayangkan pasukan negeri saya..........Diharapkan juga dengan kunjungan Queeens Park Rangers ke Sabah dapat dijadikan kayu pengukur bagi kualiti pasukan kita serta pengurusannya,Tahun ini saja Sabah telah menentang Pasukan Kebangsaan kita dan nampak mutu mainan kita amat baik diharapakn dapat diteruskan semasa menentang QPR.Sampai disini saja nukilan saya insyallah ada masa dan rezeki kita bertemu lagi........... Assalammualaikum......... " ANAK JATI SABAH " SABAH ALAP BANA.............. KUATKAN SEMANGATMU BANGUNLAH SKUAD BADAK SABAH..........

Wednesday, January 18, 2012

Happy Chinese New Year......


Assalam & Salam perpaduan diucapkan kepada teman-teman sekalian,tinggal beberapa hari lagi teman-teman kita yang beragama Buddha akan menyambut Tahun Baru Cina moga-moga pada tahun ini perayaan tersebut memberi makna yang mendalam kepada teman-teman kita agar dapat menjadi yang terbaik diantara yang terbaik,diharapkan juga teman-teman kita dipanjangkan umur,murah rezeki serta suksess dalam apa jua.Sambutlah dengan penuh rasa syukur dan serderhana,bergembira disamping Famili tercinta serta insan tersayang.....

"ENJOY IT,COLLECT MANY ANGPAU hehehehehe......
MAY THIS YEAR 2012 ALSO YEAR OF THE DRAGON BRING PROSPERITY AND HAPPINESS......
GONG XI FA CHAI........"

Wednesday, December 28, 2011

2011 Dalam Kenangan........2012 Penuh Cabaran

Assalam,pembuka kata......

Diharapkan teman-teman sihat hendaknya disamping keluarga tercinta dan insan tersayang....tinggal beberapa hari lagi kita akan meninggalkan tahun 2011,Cuba kita renungkan dan berfikir sejenak dalam tahun ini apa yang telah kita kecapi dan yang belum dikecapi.Adakah kita sudah mencapai objektif dalam bekerja bagi yang berkerjaya, adakah kita sudah mencapai objektif menjadi seorang pemimpin yang baik bagi rakyat atau firma,adakah kitatelah mencapai status "Hamba Allah S.W.T" yang berilmu serta mentaati perintahnya dan meninggalkan larangannya.

Jika belum teman-teman,tidak apa jika diizinkan Allah S.W.T kita masih dapat bernafas pada tahun akan datang 2012 Insyallah kita cuba mencapai objektif-objektif tersebut, serta berubah demi kebaikan negara,agama dan bangsa......Tidak ada yang mustahil yang penting "Niat serta hatu kita " untuk berubah.Beberapa hari terakhir dalam tahun 2011 mana-mana teman kita yang masih berhutang secara langsung atau tidak langsung diharapkan dapat dilangsaikan ya, mana-mana teman kita yang ada terasa bersalah atau terkasar bahasa pada mana-mana teman yang lain mohonlah dimaafkan segala kesalahannya dan jangan lupa minta dan berdoa dengan Allah S.W.T diampuni segala dosa-dosanya.......

Tahun 2012 tahun yang boleh dikatakan tahun penuh cabaran bagi pendapat saya, tidak tahu teman-teman,kerana semakin hari kita menjalani kehidupan semakin banyak ujian dari Allah S.W.T keatas kita dan gangguan dari Syaitan serta hawa nafsu kita.Oleh itu perlulah kita perkuatkan diri kita ya tingkatkan amalannya serta tinggalkan segala larangannya insyallah kita akan jadi umat yang berkualiti serta mulia.Diharapkan juga para pemimpin-pemimpin dapat memimpin negara mahupun organisasi dengan baik serta menjadi contoh kepada yang dipimpin "jangan lupa kuasa rakyat lebih berkuasa daripada kuasa yang ada pada sesuatau kepimpinan" saling bertolak ansur serta bertoleransi satu sama lain.Diharapkan juga kemakmuran serta kesatuan yang ada di negara kita mahupun dunia amnya dapat diteruskan dan dijaga demi kebaikan serta kepentingan bersama.

Akhir kata dari saya,ini hanyalah luahan hati saya sebagai seorang insan yang lemah,diharapkan kita dapat belajar dari kesilapan kita dan menjadi insan yang lebih berguna kepada negara,agama serta bangsa.Saya susunkan sepuluh jari mohon maaf dan ampun jika ada kesilapan serta terkasar bahasa kepada mana-mana teman,segala jasa baik teman-teman hanya Allah S.W.T yang dapat membalasnya.

"Selamat Tahun Baru 2012 Sambutlah dengan gembira dan penuh kesederhaaan"

Saturday, December 17, 2011

Merry Chritmas ho....ho....ho......

Salam diharapkan teman-teman sihat hendaknya,bersyukur ke hadrat Allah S.w.t kerana masih memberi kesempatan untuk saya menulis dan berkongsi sesuatu dengan teman-teman yang lain.Tidak lama lagi teman-teman kita yang beragama Kristian akan menyambut Hari Natal atau lebih dikenal dengan "Merry Christmas" diharapkan tahun ini ia penuh disambut dengan penuh makna dan memberi seribu pengertian kepada teman-teman ya,sambutlah dengan gembiranya dan jangan dilupakan kepada teman-teman yang tidak mampu.Saya berharapkan teman-teman bergembira dan fahami erti sambutan tersebut.

Bergumbira dan berkumpul dengan family eratkan tali persaudaraan.


I wish to all my buddies have a very prosperous and meaningful Christmas this year


Sunday, November 20, 2011

"ICC 2011 DALAM KENANGAN"

Salam,diharapkan teman-teman sihat hendaknya,minta maaf lama tidak ke udara...hehehehe
sibuk sedikit dengan kursus mengenai Web design yang dianjurkan oleh pihak kerajaan Negeri Sabah.

Kursus ini telah berlangsung selama 2 Bulan bermula pada 26 Sept 2011 berakhir pada 25 Nov 2011,banyak yang telah saya pelajari semasa meghadiri kursus ini bagaimana membina "Website",membina "Simple System" dan macam-macam lagi tentang komputer.Insyallah jika ada rezeki dan diberi peluang saya hendak lagi menyertai kursus ini pada masa akan datang kerana 2 bulan tidak cukup untuk mempelajari secara mendalam tentang "Website".

Saya berharap dengan adanya ilmu yang dicurahkan kepada saya oleh tenaga pengajar dan kakitangan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dapat saya manfaatkan agar dapat digunakan dengan sebaiknya.Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pihak Internet and Computing Central selaku pihak yang menganjurkan kursus serta pihak Jabatan Sumber Manusia Sabah kerana menaja kursus ini demi anak jati sabah,hanya Allah S.W.T yang dapat membalas jasa baik Tuan/puan.

Banyak Kenangan pahit dan manis semasa berkursus selama 2 bulan saya dan rakan-rakan belajar bersama-sama, bergembira serta memerah buah fikiran bersama-bersama demi mencapai objektif serta memahami apa yang dipelajari.Diharapkan persahabatan kita tidak akan putus dan terus menjadi "Sahabat" yang penting tenang saja dan buktikan kepada orang diluar sana yang "ANAK SABAH BOLEH"

Sampai ketemu lagi teman-teman,insyallah jika diberikan peluang akan saya tambahkan lagi info-info dalam Blog saya....salam

BLOG MALAYSIA

BlogMalaysia.com