Pages

Tuesday, March 8, 2011

Minggu yang Malang bagi Manchester United

Salam kepada teman-teman sekalian pada kali ini saya ingin menulis atau meluahkan perasaan saya terhadap Kelab Bola Sepak yang saya minati iaitu MANCHESTER UNITED memang adat bla sepak ada menang dan kalahnya. Minggu lalu merupakan minggu yang malang bagi kelab ini apabila dua kali kalah berturut-turut dengan CHELSEA & LIVERPOOL saya agak kecewa dan hampa tapi tidak apa perjuangan mereka belum selesai dan perlu diteruskan dengan bermain secara konsisten dan bersemangat. Diharapkan Pengurus Kelab iaitu Sir Alex Fergusan mengambil langkah sewajarnya dengan mengambil atau membeli pemain-pemain baru yang boleh bermain dengan baik dan menjadikan kelab ini yang terkuat serta mempersembahkan permainan yang baik dan seronok ditonton. Ryan Giggs dan Paul Scholes perlu dicari penganti yang boleh bermain seperti mereka berdua ini bahagian pertahanan, tengah dan penyerang perlu ditambah baik dan ditingkatkan, bakat-bakat muda dari akademi MANCHESTER UNITED digunakan seperti mana BARCELONA menggunakan serta mendedahakan pemain-pemain dari akademinya.

Saya berharap sangat Kelab yang saya minati ini dapat menjulang piala ENGLISH PREMIER LEAGUE serta CHAMPIONS LEAGUE saya akan memberi sokongan yang semampunya dan padu serta berdoa untuk kejayaan dan kemakmuran kelab....... Diharapkan Pemain-pemain dari Liga Malaysia ada yang boleh bermain di liga luar negara seperti ENGLISH PREMIER LEAGUE menimbah pengalaman yang baru dan mempelajari sesuatu yang baru dalam sukan ini.

Akhir kata terima kasih, maju lah sukan untuk negara dan bangsa

Salam, Anak Malaysia....

No comments:

Post a Comment

BLOG MALAYSIA

BlogMalaysia.com