Pages

Sunday, June 19, 2011

TAHNIAH MALAYSIA...........

Salam, ya sekali lagi pasukan kita membuktikan yang kita boleh berjaya dan mencapai hajat untuk bermain di Piala Dunia diharapkan pasukan kita terus mengharumkan nama negara kita yang tercinta kembalikan zaman kegemilangan negara kita dalam sukan bola sepak ini biar negara-negara lain bila dengar nama Malaysia rasa gentar. Saya akan memberikan sokongan yang mana mampu saya berikan kepada pasukan negara kita saya selalu berdoa agar pasukan kita berjaya selalu, bermain dengan penuh semangat yang penting kerjasama dan tolak ansur di kalangan pemain dan pihak pengurusan itu yang penting. Kepada teman-teman berilah sokongan yang padu kepada pasukan kita buktikan yang kita ini adalah Anak Malaysia dan sentiasa berada di belakang pasukan kita berikan doa-doa anda kepada pasukan kita, pendapat dan cadangan agar dapat membantu pasukan negara kita untuk lebih bagus bermain dengan berkualiti serta bermutu.

Pada bulan Julai ini pasukan kita akan melayani kunjungan kelab-kelab gergasi EPL seperti Arsenal, Chelsea dan Liverpool, kepada pasukan kita semasa bermain dengan kelab-kelab ini bermainlah seperti bermain untuk kelayakan Piala Dunia bermain bersungguh-sungguh sentiasa fokus dan bermain secara tenang dan bergerak sebagai satu Famili. Semasa bermain dengan kelab-kelab ini ambil pengalaman dan perhatikan cara mereka bermain pelajari dari permainan mereka dan disiplin mereka itu yang penting barulah kita dapat menjadi satu kuasa yang lagi besar dalam sukan bola sepak. Pasukan Olimpik kita pula teruskan perjuangannya bermain dengan bersungguh-sungguh serta tenang yang penting kerjasama dan bergembira bermain, kami akan memberi sokongan yang sepenuh jiwa kepada kalian.

Kepada pihak yang berkenaan berikan sokongan dan kerjasama yang tidak terhingga kepada pasukan negara kita kerana anda dan pasukan negara kita dan rakyat Malaysia adalah satu Keluarga kita perlu bergantung di antara satu sama lain.

BUKTIKAN HARIMAU MALAYSIA YANG ANDA BOLEH DAN PASTINYA BOLEH....................
PANTANG UNDUR SEHINGGA NAMA MALAYSIA MENJADI SEBUTAN RAMAI................
SALAM...........terima kasih

No comments:

Post a Comment

BLOG MALAYSIA

BlogMalaysia.com