Pages

Wednesday, December 28, 2011

2011 Dalam Kenangan........2012 Penuh Cabaran

Assalam,pembuka kata......

Diharapkan teman-teman sihat hendaknya disamping keluarga tercinta dan insan tersayang....tinggal beberapa hari lagi kita akan meninggalkan tahun 2011,Cuba kita renungkan dan berfikir sejenak dalam tahun ini apa yang telah kita kecapi dan yang belum dikecapi.Adakah kita sudah mencapai objektif dalam bekerja bagi yang berkerjaya, adakah kita sudah mencapai objektif menjadi seorang pemimpin yang baik bagi rakyat atau firma,adakah kitatelah mencapai status "Hamba Allah S.W.T" yang berilmu serta mentaati perintahnya dan meninggalkan larangannya.

Jika belum teman-teman,tidak apa jika diizinkan Allah S.W.T kita masih dapat bernafas pada tahun akan datang 2012 Insyallah kita cuba mencapai objektif-objektif tersebut, serta berubah demi kebaikan negara,agama dan bangsa......Tidak ada yang mustahil yang penting "Niat serta hatu kita " untuk berubah.Beberapa hari terakhir dalam tahun 2011 mana-mana teman kita yang masih berhutang secara langsung atau tidak langsung diharapkan dapat dilangsaikan ya, mana-mana teman kita yang ada terasa bersalah atau terkasar bahasa pada mana-mana teman yang lain mohonlah dimaafkan segala kesalahannya dan jangan lupa minta dan berdoa dengan Allah S.W.T diampuni segala dosa-dosanya.......

Tahun 2012 tahun yang boleh dikatakan tahun penuh cabaran bagi pendapat saya, tidak tahu teman-teman,kerana semakin hari kita menjalani kehidupan semakin banyak ujian dari Allah S.W.T keatas kita dan gangguan dari Syaitan serta hawa nafsu kita.Oleh itu perlulah kita perkuatkan diri kita ya tingkatkan amalannya serta tinggalkan segala larangannya insyallah kita akan jadi umat yang berkualiti serta mulia.Diharapkan juga para pemimpin-pemimpin dapat memimpin negara mahupun organisasi dengan baik serta menjadi contoh kepada yang dipimpin "jangan lupa kuasa rakyat lebih berkuasa daripada kuasa yang ada pada sesuatau kepimpinan" saling bertolak ansur serta bertoleransi satu sama lain.Diharapkan juga kemakmuran serta kesatuan yang ada di negara kita mahupun dunia amnya dapat diteruskan dan dijaga demi kebaikan serta kepentingan bersama.

Akhir kata dari saya,ini hanyalah luahan hati saya sebagai seorang insan yang lemah,diharapkan kita dapat belajar dari kesilapan kita dan menjadi insan yang lebih berguna kepada negara,agama serta bangsa.Saya susunkan sepuluh jari mohon maaf dan ampun jika ada kesilapan serta terkasar bahasa kepada mana-mana teman,segala jasa baik teman-teman hanya Allah S.W.T yang dapat membalasnya.

"Selamat Tahun Baru 2012 Sambutlah dengan gembira dan penuh kesederhaaan"

No comments:

Post a Comment

BLOG MALAYSIA

BlogMalaysia.com