Pages

Thursday, November 8, 2012

AWAL MUHARRAM

Assalammualaikum W.B.T bersyukur ke hadrat Allah S.w.t dengan limpah kurniadan izinnya kita masih dapat bertemu dan berkongsi idea dan pendapat, tinggal beberapa hari lagi kita akan meninggalkan Bulan Zulhijjah dan memasuki bulan baru dalam Takwim Islam iaitu Bulan Muharram sedikit pengenalan bagi bulan ini sebagai ilmu tambahan bagi kita bersama. Muharram adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi). Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya. Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ia dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.
PERISTIWA-PERISTIWA PENTING
1 Muharram
Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
10 Muharram
1. Dinamakan juga Hari Asyura.Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yangmencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
2. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
3. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
4. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
5. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Moga-moga informasi ini dapat menjadi rujukan dan dihayati disebalik semua kejadian yang terjadi, bersama-sama kita tingkatkan usaha untuk memperbaiki diri kita agar menjadi umat yang bermutu dan berkualiti, lengkap dengan ilmu pengetahuan dari segi agamanya dan berkaitan kehidupan di dunia, bersama-sama juga kita berdoa dan membantu atas kemampuan masing-masing bagi meringankan beban saudara-saudara kita yang sedang berada dalam kesulitan dalam menjalani kehidupan di negara masing-masing insyallah dengan izin Allah S.W.T segala urusan dan kesulitan yang dihadapi oleh saudara-saudara kita akan dipermudahkan kerana setiap yang berlaku perlu keizinan Allah S.W.T tanpa izinnya tidak akan terjadi semua. Sampai ketemu lagi, hayati bulan ini dan lain-lain bulan dalam takwim insyallah kita akan dapat mempelajari dan menambah pengetahuan, Wassalam.......

No comments:

Post a Comment

BLOG MALAYSIA

BlogMalaysia.com