Salam dan bersyukur kerana masih dapat menghidu udara yang segar serta berpeluang untuk saya meluahkan rasa bangga dan sokongan saya terhadap Anak Malaysia kita yang akan berhijrah ke Negara seberang dengan berbekalkan semangat Anak Malaysia yang pantang undur dan terus mencuba sedaya upaya, perjuangan belum selesai biarpun berada di tempat orang sentiasa beringat-ingat jaga adab dan jaga maruah negara dan diri jangan lupa diri serta tinggi diri sentiasa merendah diri, buktikan kepada semua yang Anak Malaysia boleh berjaya di dalam apa jua persada. Moga-moga Anak Malaysia ini menjadi contoh dan idola kepada Anak-anak Malaysia yang lain untuk berjaya dalam apa jua bidang tiada yang mustahil hanya perlukan keazaman yang tinggi, usaha yang padu serta berdoa dengan yang maha berkuasa.
TAHNIAH SAFEE SALI
Akhir kata dari saya sekian Terima Kasih, salam perpaduan

No comments:
Post a Comment