Salam perpaduan dan salam sejahtera, diharapkan agar saudara dan saudari sihat hendaknya, semalam merupakan peristiwa atau sejarah bagi seluruh rakyat Malaysia kerana Pasukan kita telah menewaskan Pasukan Pakistan bagi kelayakan untuk ke Olimpik yang tidak lama lagi akan diadakan. Ternyata pasukan kita mendominasi permainan tersebut dan berhasil menjaringkan 2 gol. Saya berharap dan berdoa agar pasukan kita kekal dengan prestasi sekarang ini tingkatkan usaha, kuatkan semangat dan tidak mudah menyerah kalah.Ini tidak mustahil pasti suatu masa pasukan kita akan berjaya masuk di dalam Piala Dunia jika tahap permainan sebegini dikekalkan dan dipertingkatkan. Bangkitlah saudara dansaudariku berikan sokongan anda terhadap pasukan kita dari segi apa pun.
sekian terima kasih, salam perpaduan

No comments:
Post a Comment