Pages

Wednesday, March 23, 2011

OH KEPUTUSAN SPM KU.......................

Salam, ketemu lagi hari ini bertanggal 23 Mac 2011 hari keramat bagi teman-teman kita yang baru lepas menjalani peperiksaan yang menentukan kedudukan atau masa depan mereka iaitu SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ( SPM ) kerana pada hari ini keputusannya telah keluar. Saya ucapkan tahniah kepada teman-teman kita yang lulus dengan cemerlang dan gemilang......... bersyukur kehadrat ALLAH S.W.T kerana ilmu yang dipelajari diberkati dan diberikan kejayaan yang baik jika boleh teruskan usahanya untuk menjadi insan yang cermerlang dan berkualiti, usaha dan doa serta keyakinan diri yang kuat dapat membantu seseorang untuk berjaya dalam apa jua bidang yang penting NIAT ( NAWAITU ) belajar ini tidak habis selepas tamat pengajian di IPTA mahupun IPTS ia akan berterusan sehingga kita menghembuskan nafas yang terakhir pendek kata dalam kehidupan kita ini belajar dan terus belajar itu yang saya ingat pesan dari majikan saya sewaktu "ON JOB TRAINING". Kejayaan di dunia dan akhirat ini lah kejayaan sebenar kita perlu diseimbangkan kedua-duanya ia teman-temanku.

Kepada teman-teman yang keputusannya tidak seberapa cermerlang jangan putus asa, kejayaan kita tidak bergantung kepada pelajaran sebaliknya kejayaan ini memang sudah ada cuma kita perlukan berusaha dengan kuat dan berkeyakinan tinggi jangan mudah putus asa.... itu yang penting pokoknya tenang, berdoa dan usaha
kalau akademik kita kurang, bidang kemahiran masih ada pelbagai jenis kemahiran boleh dipelajari di IPTA dan IPTS.

Sekian dari saya Anak Malaysia....... TAHNIAH KEPADA TEMAN-TEMAN YANG PENTING TENANG DAN BERKEYAKINAN DENGAN KEBOLEHAN MASING-MASING............

Salam Perpaduan......................

No comments:

Post a Comment

BLOG MALAYSIA

BlogMalaysia.com