Pages

Tuesday, July 19, 2011

RAMADHAN AL-MUBARAK MUNCUL LAGI............

Salam, diucapkan kepada teman-teman sekalian bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana masih memberi ruang dan peluang untuk saya berkongsi pendapat dan buah fikiran dengan teman-teman. Diharapkan teman-teman sihat hendaknya dan sentiasa berbahagia dengan keluarga atau insan yang tersayang. Tidak lama lagi kita akan memasuki bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat dan mulia. Pada bulan inilah kita selaku umat dan hambah Allah S.W.T meningkatkan amal dan mejauhi segala larangannya agar dapat menjadi insan yang berjaya dalam dunia dan akhirat, pada bulan ini segala amalan yang kita amal samada sunat atau fardhu bilangan pahala atau ganjarannya bertambah, pada masa inilah kita mempelajari serti islam itu sebenarnya bukan hanya pada nama tetapi pada hati nurani kita bahawa kita ini islam yang sejati, maa ini juga kita perbaiki akhlak dan akidah kita insyallah dengan mepunyai akhlak dan akidah yang mulia teman-teman kita yang lain pasti akan tertarik dengan keindahan islam ini. Saya berdoa untuk diri saya dan teman-teman sekalian agar kita dapat sama-sama beramal dan belajar dan tunjukkan kepada teman-teman yang lain islam ini agama yang indah dan seronok untuk dipelajari dan diamati, diharapkan amalan-amalan yang kita lakukan di bulan ini dapat diteruskan secara istiqamah dengan niat yang betul. Pada teman-teman yang belum membayar Puasanya yang lalu  jika ada kekuatan silalah bayar puasanya ya termasuklah diri saya yang lemah ini. Diharapkan Ramadhan kali ini memberi satu erti yang bermakna kepada kita semua dalam menjadi khalifah di muka bumi Allah S.W.T ini.

SALAM, SELAMAT BERPUASA DAN BERAMAL............................

No comments:

Post a Comment

BLOG MALAYSIA

BlogMalaysia.com