Pages

Friday, July 22, 2011

TAHNIAH MALAYSIA.................SINGAPURA KAMI DATANG..................

Salam, diharapkan teman-teman sihat hendaknya dan bergembira disamping ahli keluarga dan insan yang tersayang. Semalam merupakan malam yang hangat dan membanggakan bagi saya tidak tahu teman-teman ini kerana pasukan kita Malaysia berdepan dengan gergasi EPL Chelsea F.C yang berkesudahan 1-0 Chelsea menang atas gol nasib boleh dikatakan jika perlawanan tersebut berkesudahan 0-0 pasti Chelsea kembali di England akan menjadi buah mulut oleh para media massa dan media elektronik kerana pasukan kita Malaysia boleh dikatakan pasukan yang tidak boleh dijangka dan berpotensi untuk pergi jauh. Tahniah saya ucapkan kepada para pemain yang bermain dengan bersungguh-sungguh, tidak ada tekanan, bermain dengan seronok dan berkerjasama dalam satu pasukan itu yang penting tanpa kerjasama objektif tidak akan tercapai teruskan usahanya, pihak pengurusan dan kakitangan yang bersama-sama dengan pasukan Malaysia rajin-rajin bekerja, bertolak ansur serta percaya mempercayai kerana kalian ibarat keluarga. Terima kasih juga kepada ASTRO kerana menyiarkan perlawanan tersebut secara langsung teruskan usahanya dalam memertabatkan sukan di negara kita kami akan sokong mana yang mampu serta berdoa agar murah rezeki dan berjaya lagi dan lagi.Saya cadangkan jikalau boleh pelawanan persahabatan ini diperbanyakkan lagi dengan pasukan-pasukan yang berada di dalam EPL atau liga-liga lain SERIE A, BUNDESLIGA atau LIGA SEPANYOL agar pemain-pemain kita serta pihak pengurusan terdedah dengan cara permainan mereka dan pengurusan pasukan mereka. Esok pasukan kita akan berdepan dengan Singpura untuk kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia saya doakan yang terbaik untuk pasukan kita main dengan bersungguh-sungguh, bekerjasama serta berseronok bermain jangan tertekan atau stress pokonya tenang.

Salam, sampai ketemu lagi MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

                                                          HARIMAU TERUS MENGAUM....................

No comments:

Post a Comment

BLOG MALAYSIA

BlogMalaysia.com