Pages

Monday, August 22, 2011

31 OGOS KIAN MENJELANG....................

Salam, diucapkan kepada teman-teman sekalian diharapkan sihat hendaknya disamping keluarga atau insan tersayang. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menulis di blog saya ini, kal ini saya ingin berkongsi pendapat dan tanda berterima kasih kepada para pejuang-pejuang kemerdekaan kita yang bersusah payah selama ini dem kesejahteraan dan kemakmuran negara kita yang tercinta iaitu Malaysia. Tanggal 31 Ogos setiap tahun merupakan tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia kerana tarikh in penuh makna dalam erti kehidupan sebagai seorang Anak Malaysia dimana negara kita sudah merdeka selama 54 tahun dar jajahn pihak penjajah.Merdeka pada amnya bererti BEBAS, apa pula pandangan teman-teman tentang ert Merdeka ?

Merdeka pada saya bebas dari semuanya samada dari segi politik, ekonomi, budaya dan pemikiran, kerana aspek-aspek ini memainkan pernanan dalam kita menjalani kehidupan sehari-hari di muka bumi Malaysia ini. Dengan merdekanya kita dalam semua aspek diatas maka kita akan menjadi satu bangsa yang disegani dan dihormati di mata dunia kerana mempunyai identiti bangsa sendiri, perpaduan yang selama ini dipupuk sama-sama kita jaga dan saling hormat-menghormati, bertolak ansur dan tolong-menolong kerana kita ini sama sahaja kerana kita semuanya ANAK MALAYSIA, kepada teman-teman sama-samalah kita berdoa dan menjaga kebebasan yang kita rasai selama ini agar tidak tergugat oleh anasir-anasir asing yang ingin membuat kacau dan meruntuhkan keharmonian yang ada di negara kita tercinta. Sama-sama kita fahami dan hayati erti merdeka ini bukan saja setiap tahun berkumpul di padang semata-mata menyaksikan perarakan yang berwarna-warni, kibaran jalur gemilang bukan hanya pada tarikh keramat ini jikalau boleh setiap hari kita kibarkan teman-temanku.

Samapi ketemu lagi teman-teman, bergembira selalu dengan keluarga dan insan tersayang              SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFTRI & MAAF ZAHIR DAN BATIN SERTA       SELAMAT MENYAMBUT HAR KEMERDEKAAN KALI KE-54.

                                       " SAYA BANGGA JADI ANAK MALAYSIA " 






No comments:

Post a Comment

BLOG MALAYSIA

BlogMalaysia.com