Pages

Tuesday, September 13, 2011

16 Sept Kemerdekaan Sabah

Salam, kepada teman-teman diharapkan sihat dan berbahagia dengan keluarga dan insan tersayang, tinggal beberapa hari lagi tarikh keramat bagi rakyat Sabah & Sarawak dimana tarikh ini memberi makna kepada kita kerana kita sudah merdeka dari jajahan anasir-anasir asing. 48 tahun sudah Sabah & Sarawak menjadi sebahagian dari Malaysia diharapkan ia akan kekal hendaknya saling bertolak ansur, faham memahami serta dapat bekerjasama dalam apapun bidang yang mendatangkan faedah bagi semua. Pada pendapat saya Hari yang bermakna ini sepatutnya dirayakan sama meriah seperti 31 Ogos. Kepada teman-teman sekalian kita cuba fahami dan selami erti kemerdekaan ini agar ia dapat membantu kita dalam mencapai sesuatu objektif kita buktikan yang orang-orang kita yakni " THE BORNEON" boleh berjaya dalam apa juga bidang, samaada dari segi akademik, ekonomi serta komuniti, tingkatkan usaha dan bersatu padu. Jikalau boleh pucuk kempimpinan jabatan-jabatan kerajaan yang ada di Sabah & Sarawak biarlah anak tempatan yang mempimpin dan membantu anak-anak tempatan yang lain. Ayuh anak-anak borneo bangkit semuanya tingkatkan usaha, bekerjasama dalam mencapai objektif agar dapat membantu memajukan negeri kita dan negara Malaysia kita yang tercinta.

Sampai ketemu lagi, hayati erti MERDEKA, SAYA BANGGA JADI ANAK SABAH..............




No comments:

Post a Comment

BLOG MALAYSIA

BlogMalaysia.com