Pages

Sunday, November 20, 2011

"ICC 2011 DALAM KENANGAN"

Salam,diharapkan teman-teman sihat hendaknya,minta maaf lama tidak ke udara...hehehehe
sibuk sedikit dengan kursus mengenai Web design yang dianjurkan oleh pihak kerajaan Negeri Sabah.

Kursus ini telah berlangsung selama 2 Bulan bermula pada 26 Sept 2011 berakhir pada 25 Nov 2011,banyak yang telah saya pelajari semasa meghadiri kursus ini bagaimana membina "Website",membina "Simple System" dan macam-macam lagi tentang komputer.Insyallah jika ada rezeki dan diberi peluang saya hendak lagi menyertai kursus ini pada masa akan datang kerana 2 bulan tidak cukup untuk mempelajari secara mendalam tentang "Website".

Saya berharap dengan adanya ilmu yang dicurahkan kepada saya oleh tenaga pengajar dan kakitangan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dapat saya manfaatkan agar dapat digunakan dengan sebaiknya.Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pihak Internet and Computing Central selaku pihak yang menganjurkan kursus serta pihak Jabatan Sumber Manusia Sabah kerana menaja kursus ini demi anak jati sabah,hanya Allah S.W.T yang dapat membalas jasa baik Tuan/puan.

Banyak Kenangan pahit dan manis semasa berkursus selama 2 bulan saya dan rakan-rakan belajar bersama-sama, bergembira serta memerah buah fikiran bersama-bersama demi mencapai objektif serta memahami apa yang dipelajari.Diharapkan persahabatan kita tidak akan putus dan terus menjadi "Sahabat" yang penting tenang saja dan buktikan kepada orang diluar sana yang "ANAK SABAH BOLEH"

Sampai ketemu lagi teman-teman,insyallah jika diberikan peluang akan saya tambahkan lagi info-info dalam Blog saya....salam

No comments:

Post a Comment

BLOG MALAYSIA

BlogMalaysia.com